KUALA LUMPUR, 3 JUN: Atlet ski air negara Aaliyah Yoong Hanifah telah menerima jemputan daripada Persekutuan Ski Air dan Papan Luncur Antarabangsa (IWWF) untuk bertanding di Kejohanan Dunia di Birmingham, Alabama Amerika Syarikat (AS) yang dijadualkan pada 7 hingga 17 Julai.